Program Ziarah Orang Miskin
Program ziarah orang miskin di kuala ketil telah diadakan pada bulan Ramadhan pada tahun ini. Lebih kurang 40 orang meyertai kembara ini. Pihak surau telah memberi bantuan dari segi wang ringgit, pakaian dan makanan agar kumpulan fakir miskin dapat menikmati Hari Raya dengan gembira. Diharap program ini akan diadakan pada setiap tahun kerana ia telah banyak memberi manfaat pada diri sendiri dan orang lain.